All posts by bucketsmartherbs

Adun Jorak

N.08 Jorak (JOHOR).
[BS] https://t.co/rEt9L8FGtp
Map,
[] https://goo.gl/maps/qw59QDBYchA2

More link,
[FG1] http://t.co/DaVsLfOfxj
[FP2] https://t.co/RR17LbGRrq
[FP3] https://t.co/SrzdXitQ2s
[Tw] https://twitter.com/knajid2
[Tw12] https://twitter.com/TukangPerak1/status/765748774715011072

[m] N8.Jorak@outlook.com

Tag,
@knajid2 @N8Jorak
#knajid2 #N8Jorak

 

 

 

Advertisements

Ciri-ciri orang bersama munafik

Juz:5,Surah:4.
Surah 4, Ayat 71:

Umat Islam diarah supaya bersiap sedia sepanjang masa untuk menghadapi bahaya yang mungkin akan ditimbulkan oleh musuh. Oleh itu hendaklah mempelajari dan menghantar perisik untuk mengetahui hal ehwal kekuatan mereka supaya kekuatan muslimin setanding atau lebih kuat dari musuh.

Didalam masa memerangi musuh, kerahlah angkatan perang kamu secara teratur, dimulakan dengan menghantar satu pasukan dan sepasukan lagi dan seterusnya, atau mengerahkan secara keseluruhan mengambil bahagian didalam peperangan untuk menghancur musuh kaum musrikin dan munafik.

Ayat ini memberi isyarat, supaya umat Islam hendaklah menjaga kepentingan dan keselamatan orang mukmin supaya bersiap sedia dengan kekuatan angkatan perang yang terlatih dangan ilmu peperangan dan kepandaian menggunakan segala jenis alat perang.  Persediaan ini adalah wajib bagi umat Islam dan janganlah sekali-kali mengharapkan  orang lain supaya mempertahankan mereka kerana mengharapkan orang lain itu bererti mendedahkan kelemahan dan kerendahan diri sendiri.

Adapun mengharapkan kepada orang lain seperti yang dimaksudkan diatas dan seperti apa yang berlaku dinegara Arab sekarang telah menjadikan umat Islam (yang mengaku mereka itu Islam) telah menyerang negeri mereka sendiri dan membunuh bangsa seagama mereka demi mencapai cita-cita sahabat mereka dari kalangan musrikin dan munafik (golongan itu seperti dalam ayat 5.4.72), dan mereka yang bersekongkol dengan kafir munafik itu adalah mereka yang zalim menganiayai diri-diri mereka sendiri.

,
Juz:5,Surah:4.
Surah 4, Ayat 72:

Ayat ini ditujukan kepada munafik yang dalam kelompok masyarakat Islam dalam negeri tersebut dan sentiasa bersama dalam kumpulan mukmin yang kononnya mengaku mereka itu Islam. Mereka ini dicela oleh Allah kerana bila mana diseru berjihat dan berperang, tidaklah mereka itu menyahut seruan itu. Malah apabila tentera mukmin menghadapi kekalahan, mereka berkata alangkah beruntungnya kerana tidak ikut berperang bersama orang mukmin dan terselamat daripada kematian. (selanjutnya lihat ayat dibawah, 5.4.73).

,
Juz:5,Surah:4.
Surah 4, Ayat 73:

Dan sebaliknya, jika orang mukmin dikurniakan oleh Allah kemenangan yang besar dalam peperangan, maka orang munafik itu bercakap  pula, alangkah baiknya kalau kami bersama mereka dan tentulah mendapat keuntungan yang besar dari hasil rampasan perang.

Demikianlah Allah menyindir pekerti orang munafik yang ada banyak kedapatan bergaul bersama dengan mukmin didalam sesebuah negeri Islam, kerjanya hanyalah hendak menumpang untung diatas keuntungan orang lain. Walhal sedikit pun tidak ada jasa mereka, dan tidak pernah mahu bekerjasama dalam kewajipan yang menjadi  tanggung jawab bersama mempertahankan negara.

Semoga Allah menunjuki mereka itu kejalan yang diredai Nya, supaya mereka menyedari perbuatan mereka itu adalah dikutuk sekeras-kerasnya.

 

#MusuhDalamSelimut